21 Okt 2012 - Empat orang ahli pengakap tahun enam SK
Serom 3 telah menyertai Jambori di Udara dan Internet ( JOTA - JOTI )
Peringkat Dunia. Mereka ialah Amirul Asyraf Bin Abd Aziz, M. Faris Akmal
Bin Zainudin, M. Sallahuddin Ayub Bin Mohd Noor dan Ahmad Ilham Bin
Anhar. Jambori ini telah dianjurkan oleh Pesekutuan Pengakap Malaysia
Daerah Muar bertempat di SK Parit Keroma, Muar. Jambori ini berlangsung
selama tiga hari dengan pelbagai aktiviti antaranya penggunaan radio
amatur dan internet untuk berhubung dengan ahli pengakap di seluruh
dunia.
22 October, 2012
27 June, 2012
Laporan 27 Jun 2012
19 June, 2012
Laporan 20 Jun 2012
12 June, 2012
Laporan 13 Jun 2012
14 April, 2012
Lencana Kepandaian
(Lencana Wajib – pilih satu)
(a) Lencana Ahli Renang
Peraturan dan undang-undang keselamatan di air
Memulakan renang
Kuak dada (teori)
Berenang berpakaian 30 meter
Berenang menimbulkan diri
(b) Lencana Ahli Penunggang Basikal
Undang-undang jalan raya
Peraturan basikal
Isyarat menunggang basikal
Kemalangan semasa berbasikal
Perlanggaran undang-undang yang menyebabkan kemalangan
Menjaga basikal
Isyarat jalan raya
Memiliki basikal
Menunggang basikal
Lencana Keahlian Pengakap
Syarat-syarat untuk memperolehi lencana keahlian :
1.Persetiaan dan undang-undang Pengakap
2.Rukun Negara
3.Tabik, hormat, isyarat hormat dan cogan kata Pengakap
4.Sejarah permulaan Pergerakan Pengakap dan cerita hutan
5.Laung agung
Makna logo Pengakap Malaysia
1. Bintang Pecah 14 : Melambangkan 14 buah negeri di Malaysia.
2. Anak Panah Pecah Tiga melambangkan persetiaan pengakap.
3. Dua bintang pecah lima melambangkan 10 undang-undang pengakap.
4. Anak bulan dan bintang melambangkan agama rasmi malaysia iaitu Islam.
5. Ikatan buku sila melambangkan persaudaraan pengakap.
21 February, 2012
Perjumpaan 4/2012
01 February, 2012
Perjumpaan Ke-3 2012
Hari : Rabu
Tarikh : 1 Feb 2012
Tempat : Dataran Kejat
Laporan Aktiviti :
- Aktiviti PKK dimulakan dengan Istiadat Laung Agung yang dilakukan oleh murid tahun 5 dan 6. Manakala murid tahun 4 hanya memerhatikan sahaja cara laung agung dilakukan oleh rakan mereka.
- Murid dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan murid tahun 5/6 dan murid tahun 4.
- PKK Tahun 5 dan 6 dikendalikan oleh Cikgu Zubir dengan mengajar kawat kaki.
- PKK Tahun 4 dikendalikan oleh Cikgu Hairil. PKK tahun 4 diberi taklimat tentang persediaan yang perlu mereka sediakan untuk aktiviti pengakap sepanjang tahun ini. Antaranya ialah perlu menyediakan Sebuah buku log kulit tebal untuk mencatat nota-nota yang diberikan serta menulis aktiviti yang mereka sertai. Setiap ahli mesti mengingati nama sekawan masing-masing yang terdiri daripada tujuh orang dalam satu sekawan.
- PKK Tahun 4 diberi borang peribadi untuk diisi dan ditampalkan di dalam buku log masing-masing.
11 January, 2012
Laung Agung
Tujuan :
1. Menandakan permulaan dan tamatnya sesuatu perjumpaan dan dapat mengingati satu tradisi atau istiadat bagi pengakap Kanak-Kanak di seluruh dunia.
2. Untuk menghormati seseorang tetamu yang datang ke PEK.
3. Menunjukkan yang mereka membuat Sehabis Baik.
Cara Pelaksanaan :
1. Akela berteriak PEK! ( semua pengakap kanak-kanak berdiri diam dalam keadaan bersedia ).
2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK !!! dan terus melipat tangan paras bahu yang menunjukkan isyarat bulatan kecil ( bahu ke bahu ).
3. Sambil berteriak " P...E....K....! ( 5 harakat ), Pengakap Kanak-Kanak berlari mengelilingi Akela dengan mebuat bulatan kecil, bahu ke bahu.
4.
Perjumpaan Pertama 2012
Hari : Rabu
Tarikh : 11 Jan 2012
Tempat : Dewan
Laporan :
Tarikh : 11 Jan 2012
Tempat : Dewan
Laporan :
Perjumpaan pertama untuk PKK SK Serom 3 diadakan pada hari ini bertempat di dewan. Seramai 24 murid tahun empat telah didaftarkan sebagai ahli pengakap untuk tahun ini. Murid-murid tahun empat ini diberi taklimat tentang keperluan yang perlu disediakan seperti baju uniform pengakap, skaf, buku log dan pembahagian sekawan oleh guru yang bertugas. Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini ialah latihan kawad, kuliah dan perkhemahan. Perjumpaan akan diadakan setiap hari Rabu jam 715-815 pagi. Murid tahun lima, enam dan pendidikan khas juga terlibat dalam taklimat PKK.
Subscribe to:
Posts (Atom)