01 February, 2012

Perjumpaan Ke-3 2012



Hari : Rabu
Tarikh : 1 Feb 2012
Tempat : Dataran Kejat

Laporan Aktiviti :

- Aktiviti PKK dimulakan dengan Istiadat Laung Agung yang dilakukan oleh murid tahun 5 dan 6. Manakala murid tahun 4 hanya memerhatikan sahaja cara laung agung dilakukan oleh rakan mereka.

- Murid dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan murid tahun 5/6 dan murid tahun 4.

- PKK Tahun 5 dan 6 dikendalikan oleh Cikgu Zubir dengan mengajar kawat kaki.

- PKK Tahun 4 dikendalikan oleh Cikgu Hairil. PKK tahun 4 diberi taklimat tentang persediaan yang perlu mereka sediakan untuk aktiviti pengakap sepanjang tahun ini. Antaranya ialah perlu menyediakan Sebuah buku log kulit tebal untuk mencatat nota-nota yang diberikan serta menulis aktiviti yang mereka sertai. Setiap ahli mesti mengingati nama sekawan masing-masing yang terdiri daripada tujuh orang dalam satu sekawan.

- PKK Tahun 4 diberi borang peribadi untuk diisi dan ditampalkan di dalam buku log masing-masing.

11 January, 2012

Laung Agung



Tujuan :

1. Menandakan permulaan dan tamatnya sesuatu perjumpaan dan dapat mengingati satu tradisi atau istiadat bagi pengakap Kanak-Kanak di seluruh dunia.

2. Untuk menghormati seseorang tetamu yang datang ke PEK.

3. Menunjukkan yang mereka membuat Sehabis Baik.

Cara Pelaksanaan :

1. Akela berteriak PEK! ( semua pengakap kanak-kanak berdiri diam dalam keadaan bersedia ).

2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK !!! dan terus melipat tangan paras bahu yang menunjukkan isyarat bulatan kecil ( bahu ke bahu ).

3. Sambil berteriak " P...E....K....! ( 5 harakat ), Pengakap Kanak-Kanak berlari mengelilingi Akela dengan mebuat bulatan kecil, bahu ke bahu.

4.

Perjumpaan Pertama 2012

Hari : Rabu
Tarikh : 11 Jan 2012
Tempat : Dewan

Laporan :

Perjumpaan pertama untuk PKK SK Serom 3 diadakan pada hari ini bertempat di dewan. Seramai 24 murid tahun empat telah didaftarkan sebagai ahli pengakap untuk tahun ini. Murid-murid tahun empat ini diberi taklimat tentang keperluan yang perlu disediakan seperti baju uniform pengakap, skaf, buku log dan pembahagian sekawan oleh guru yang bertugas. Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini ialah latihan kawad, kuliah dan perkhemahan. Perjumpaan akan diadakan setiap hari Rabu jam 715-815 pagi. Murid tahun lima, enam dan pendidikan khas juga terlibat dalam taklimat PKK.

10 November, 2011

Laporan Aktiviti 9 Nov 2011


Laporan Aktiviti PKK SK Serom 3
--------------------------------

Tarikh : 21 September 2011

Hari : Rabu

Masa : 7.15 - 8.15

Tempat : Dataran Kejat

Kehadiran Murid :
----------------------

Tahun 6 ( 20/20 )
Tahun 5 ( 3/3 )
Tahun 4 ( 20 / 20 )
Pend Khas ( 10 / 10 )


Aktiviti :
----------

1. Istiadat Laung Agung

2. Cara-Cara memasangan dan menyimpan Khemah