01 February, 2012

Perjumpaan Ke-3 2012



Hari : Rabu
Tarikh : 1 Feb 2012
Tempat : Dataran Kejat

Laporan Aktiviti :

- Aktiviti PKK dimulakan dengan Istiadat Laung Agung yang dilakukan oleh murid tahun 5 dan 6. Manakala murid tahun 4 hanya memerhatikan sahaja cara laung agung dilakukan oleh rakan mereka.

- Murid dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan murid tahun 5/6 dan murid tahun 4.

- PKK Tahun 5 dan 6 dikendalikan oleh Cikgu Zubir dengan mengajar kawat kaki.

- PKK Tahun 4 dikendalikan oleh Cikgu Hairil. PKK tahun 4 diberi taklimat tentang persediaan yang perlu mereka sediakan untuk aktiviti pengakap sepanjang tahun ini. Antaranya ialah perlu menyediakan Sebuah buku log kulit tebal untuk mencatat nota-nota yang diberikan serta menulis aktiviti yang mereka sertai. Setiap ahli mesti mengingati nama sekawan masing-masing yang terdiri daripada tujuh orang dalam satu sekawan.

- PKK Tahun 4 diberi borang peribadi untuk diisi dan ditampalkan di dalam buku log masing-masing.