Lencana Kepandaian


Pilih satu sahaja :

(Lencana Wajib – pilih satu)

(a) Lencana Ahli Renang

Peraturan dan undang-undang keselamatan di air
Memulakan renang
Kuak dada (teori)

Cara menjunam (teori)
Berenang berpakaian 30 meter
Berenang menimbulkan diri



(b) Lencana Ahli Penunggang Basikal

Undang-undang jalan raya
Peraturan basikal
Isyarat menunggang basikal
Kemalangan semasa berbasikal
Perlanggaran undang-undang yang menyebabkan kemalangan
Menjaga basikal
Isyarat jalan raya
Memiliki basikal
Menunggang basikal

Lencana Keahlian Pengakap



Syarat-syarat untuk memperolehi lencana keahlian :

1.Persetiaan dan undang-undang Pengakap
2.Rukun Negara
3.Tabik, hormat, isyarat hormat dan cogan kata Pengakap
4.Sejarah permulaan Pergerakan Pengakap dan cerita hutan
5.Laung agung

Makna logo Pengakap Malaysia



1. Bintang Pecah 14 : Melambangkan 14 buah negeri di Malaysia.
2. Anak Panah Pecah Tiga melambangkan persetiaan pengakap.
3. Dua bintang pecah lima melambangkan 10 undang-undang pengakap.
4. Anak bulan dan bintang melambangkan agama rasmi malaysia iaitu Islam.
5. Ikatan buku sila melambangkan persaudaraan pengakap.

Perjumpaan 4/2012








Aktiviti : Membuat Zirafah Dengan Kertas
Objektif : Semangat Bekerjasama, tolong menolong di kalangan ahli PKK
Kendalian : Guru Praktikum
Masa : 7.15 - 8.15 pagi
Tempat : Dataran Kejat


Perjumpaan Ke-3 2012



Hari : Rabu
Tarikh : 1 Feb 2012
Tempat : Dataran Kejat

Laporan Aktiviti :

- Aktiviti PKK dimulakan dengan Istiadat Laung Agung yang dilakukan oleh murid tahun 5 dan 6. Manakala murid tahun 4 hanya memerhatikan sahaja cara laung agung dilakukan oleh rakan mereka.

- Murid dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan murid tahun 5/6 dan murid tahun 4.

- PKK Tahun 5 dan 6 dikendalikan oleh Cikgu Zubir dengan mengajar kawat kaki.

- PKK Tahun 4 dikendalikan oleh Cikgu Hairil. PKK tahun 4 diberi taklimat tentang persediaan yang perlu mereka sediakan untuk aktiviti pengakap sepanjang tahun ini. Antaranya ialah perlu menyediakan Sebuah buku log kulit tebal untuk mencatat nota-nota yang diberikan serta menulis aktiviti yang mereka sertai. Setiap ahli mesti mengingati nama sekawan masing-masing yang terdiri daripada tujuh orang dalam satu sekawan.

- PKK Tahun 4 diberi borang peribadi untuk diisi dan ditampalkan di dalam buku log masing-masing.

Laung Agung



Tujuan :

1. Menandakan permulaan dan tamatnya sesuatu perjumpaan dan dapat mengingati satu tradisi atau istiadat bagi pengakap Kanak-Kanak di seluruh dunia.

2. Untuk menghormati seseorang tetamu yang datang ke PEK.

3. Menunjukkan yang mereka membuat Sehabis Baik.

Cara Pelaksanaan :

1. Akela berteriak PEK! ( semua pengakap kanak-kanak berdiri diam dalam keadaan bersedia ).

2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK !!! dan terus melipat tangan paras bahu yang menunjukkan isyarat bulatan kecil ( bahu ke bahu ).

3. Sambil berteriak " P...E....K....! ( 5 harakat ), Pengakap Kanak-Kanak berlari mengelilingi Akela dengan mebuat bulatan kecil, bahu ke bahu.

4.

Perjumpaan Pertama 2012

Hari : Rabu
Tarikh : 11 Jan 2012
Tempat : Dewan

Laporan :

Perjumpaan pertama untuk PKK SK Serom 3 diadakan pada hari ini bertempat di dewan. Seramai 24 murid tahun empat telah didaftarkan sebagai ahli pengakap untuk tahun ini. Murid-murid tahun empat ini diberi taklimat tentang keperluan yang perlu disediakan seperti baju uniform pengakap, skaf, buku log dan pembahagian sekawan oleh guru yang bertugas. Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini ialah latihan kawad, kuliah dan perkhemahan. Perjumpaan akan diadakan setiap hari Rabu jam 715-815 pagi. Murid tahun lima, enam dan pendidikan khas juga terlibat dalam taklimat PKK.
 

Popular Posts

Bottom 2

Popular Posts this month

Bottom 3

Popular Posts this week