11 January, 2012

Perjumpaan Pertama 2012

Hari : Rabu
Tarikh : 11 Jan 2012
Tempat : Dewan

Laporan :

Perjumpaan pertama untuk PKK SK Serom 3 diadakan pada hari ini bertempat di dewan. Seramai 24 murid tahun empat telah didaftarkan sebagai ahli pengakap untuk tahun ini. Murid-murid tahun empat ini diberi taklimat tentang keperluan yang perlu disediakan seperti baju uniform pengakap, skaf, buku log dan pembahagian sekawan oleh guru yang bertugas. Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini ialah latihan kawad, kuliah dan perkhemahan. Perjumpaan akan diadakan setiap hari Rabu jam 715-815 pagi. Murid tahun lima, enam dan pendidikan khas juga terlibat dalam taklimat PKK.